December 31, 2011

Terima Kasih......

Aku tertarik dengan kata-kata ini. 

Berterima kasih pada orang yang telah melukai hatimu kerana dia telah membuatkan kamu kuat. Berterima kasih pada orang yang telah membohongimu kerana dia telah membuat kamu lebih bijaksana. Berterima kasihl pada orang yang mengecewakanmu kerana dia telah melatih kamu untuk menjadi lebih ikhlas. Berterima kasih pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaanmu kerana di situlah rahmat Allah SWT ada bersama kamu.

Dan jangan memberi harapan pada yang belum pasti kelak ada insan yang bakal dilukai. Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki nanti kecewakan diri sendiri. Gantunglah harapan kepada 'Yang Maha Memberi' nescaya dirimu tak sesekali dizalimi kerana Allah SWT mendengar pengharapanmu setiap kali dan menunaikannya dengan cara-Nya tersendiri sehingga keindahan itu datang pada waktunya.

Aku sentap kejap la baca ni tapi tak salah sesekali beringat sebab aku sebagai manusia memang tak lari dari sifat lupa.Happy New Year. Sekian.Zara.

December 29, 2011

Kejut Buatan

He Has Made Everything Beautiful In Its Time ;)
Boleh la consider aku baru balik dari Singapore. Letih jugak la 2 kali keluar masuk tapi happy sangat sebab dapat bawak Ash pegi sana. Walaupun ada conflict drama kann tapi tak boleh la lama-lama mara. Start dengan beli CD game kat Simei. Nasib ada McDonald. Sedapkan McChicken? Yum yum. Lepak kat Ochard road sampai 2 kali tapi takde lah banyak sangat nak shopping mungkin barang lebih kurang kat kl. Misi utama sebenarnya nak pegi Universal Studio. HAPPY BIRTHDAY ASH!! Bestkan birthday ada kat USS ;) Biasalah nak naik ride yang kene Q panjang tapi berbaloi. Aku pun suke The Mummy punye ride. Hehe. Sian dia kaki sampai sakit terpakselah beli slipper. Balik terus aku drive sebab aku tak nak dia penat atau sakit. Memang pengsan la the day after ibarat macam pergi berperang.

This is 4 u Ash ;)
Surprise Ash!!! Haha aku ingat lagi ok untuk cupcakes yang comel ini. Sedapnye!!! Sempat Makan Baskin Robbin dengan Ash. Gelak tak ingat punya sebelum pegi movie. I wish u all the best in every single things that u do. Hope you are happy with all the things i did for u Ash. Ada la muka kejutan tuh macam tengok Sherlock Homes ;) Birthday Present ape ye agak-agaknya? Aku tak adalah sweet mana tapi Insyallah coming soon ku birthday present. For time being Origami Bebird la Ash yang boleh. HAVE A BLAST BIRTHDAY WEEKEND ASH. Love, ZARA.

25 Bebird Origami ;)

December 27, 2011

bola itu bulat, burung itu lipat

Hi there, currently aku tengah tengok bola kat stadium ini.local league.layan kan aje. sempat la jugak aku melipat2 benda alah ni untuk Ash. ni final score walaupun blur tp berbaloi aku datang pasal menang.haha.

terasa macam multi-tasking la pulak. esok nak pegi jb as a pitstop before pegi singapore. aku rasa seronok bawak si Ash yang first time ni. hehe demam tolak tepi asalkan dia happy.

Ash, i still want my movie marathon ok. lately ramai pulak ajak aku pergi bercuti. seronok rasanya tapi kene well plan agar semua pihak satisfy.

kalau ada yang rasa aku da berubah, may be ada la kut but jangan risau, ni semua untuk ke arah menjadi yang lebih baik.ok la sambung kemudian.zara.

December 21, 2011

Aku,Kau & Dia


jam menunjukkan pukul 11.11 pagi. setelah beraerobic, badan rasa letih tapi semangat tetap ada untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang tak pernah habis. Tinggal beberapa hari sahaja untuk tahun 2011. Bermacam-macam yang telah aku harungi. tetapi tidaklah sehebat tahun 2010. 

Sekarang ini, aku banyak melihat gambar dan barang untuk simpanan aku. hmm tak tahu dengan siapa akan diakhiri tapi aku bersedia sahaja. Dendam?owh cuba letak di belakang aku kerana tiada istilah itu dalam kamus aku. aku harapkan dapat tawaran lain kerana aku mahu betul-betul menjadikan 2012 sebagai permulaan untuk membina kehidupan aku ke arah yang lebih stabil.Insyallah.

love her style
Istilah paksa?aku? haha kelakar aku rasa. masa hampir tiba untuk aku lepaskan cerita lama. tiada masa untuk patah balik. ia akan sentiasa menjadi panduan aku agar menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. kahwin? Insyallah.Jodoh yang menjadi pilihan tu ada. semua ketentuan tuhan. tapi aku sentiasa berusaha ke arah itu. jangan salahkan takdir kalau sendiri tak berusaha ke arah itu dan sama juga dengan pasangan. memerlukan kerjasama si sini.cewahhh.

penampilan?hmm tengok je la kat sebelah ni. mmg totally me la. aku memang tak dapat nak pisah dengan jeans n shirts. pernah la buat percubaan tapi tak menjadi. sekali-sekala ok kut baru la ada 'spark'. Rambut pendek?sangat suke tau. that's me. Aku bukan ayu-ayu gitu tapi aku staright ok.tak ada ke arah songsang ke ape.

family?alhamdulillah. secara kasar ok. biasa la ada konflik sikit-sikit tu. itu la nama kehidupan. aku harap abah dan mak sihat. sama juga ngan atuk n awam kat kampung tu. cukup-cukup la bagi tekanan kat aku ok.haha. bercakap pasal cemburu kan, teringat aku zaman purba aku waktu mula-mula nak serious bercinta. istilah cemburu dalam kamus cinta aku, tipis sekali. sebab aku bagi kepercayaan kepada my partner. tapi itu pasal la kene di stupidkan. bila da sedar sekarang, aku rasa perlu sedikit kut tapi sentiasa ingatkan diri aku bila da nak capai tahap extreme, dia tu cume pinjaman tuhan pada aku. hargai la dia selagi dia bersama aku. bukan drama ok.

sebenarnya aku da nak start bukak planning untuk masa depan. ada la sikit-sikit. aku da lama tak shopping yang terlampau sakan. sebab? hmm tak nak terperinci sangat tapi semua pasal status kewangan la. biar la abah kaya tapi aku? berusaha la. Abah tak pernah amik hasil gaji mak daripada dia start kawin. sentap aku dengar bila kakak aku cerita. hmm adalah sedikit darah tu mengalir kat aku. berusaha keras abah sampai sekarang tapi orang je tak hargai. tak kan kita nak cakap apa yang kita buat kan kalau kita ikhlas. sama juga kalau orang gila tak kan mengaku dia orang gila.

ok la. nanti sambung lain k.kepada Ash, terima kasih yang tak terhingga kerana membuka semula hati aku. Hanya tuhan dapat membalas segala yang telah kau dilakukan. Dan aku rasa kau tahu apa yang perlu dilakukan. Haha. faham-faham la.Sekian.zara. 

December 19, 2011

Penglipur lara

books.buku.itu adalah teman aku. its my hobby. reading books. tp makin lama makin kurang ada masa untuk membaca. i like stories. suke mendengar orang bercerita. suke bercerita jika benar2 aku ada cerita kalau tidak, aku memang akan membisu drpd bercerita.

sangat syukur dapat kawan2 yang menyayangi aku walaupun dgn pelbagai cara mereka. terima kasih kerana memahami situasi aku. aku mohon maaf sekiranya aku kurang or xperfect tapi aku cuba untuk menjadi kawan yang baik.

jatuh bangun aku, korang tetap ada. sedih happy aku korang dengar. betapa bernilainya korang di sisi aku.

malam ni aku harapkan dapat bercerita atau berkongsi cerita dengan.... tapi tak apelah.biar aku simpan semua cerita aku kepada mereka yang benar2 sudi mendengar.selamat malam.zara.

December 13, 2011

lari dan terus berlari

kasihan. itu boleh aku katakan. ternyata dia sangat mencintai Ash. Aku rasa serba salah. nak saje aku keluar dari picture ni. Itu semua terpulang kepada Ash. 4 tahun...lama tuh. aku ni baru lagi. ape la sangat. Aku tak baik tapi aku cuba jadi yang terbaik. Tinggalkan Ash dahulu begitu sahaja tanpa explanation. Aku salah dan juga takut.

Aku bersedia untuk undur diri sebab aku takut satu hari bila aku da fall in love dearly dia left aku just like that. Aku baru nak tido dengan tenang tapi setelah terbaca 'i m yours and u r mine'? macam rasa kene gilis je hati aku ni. tapi kenapa aku kene rasa begitu?adakah adil untuk Ash or dia?

Aku terima saja. Aku happy bersama Ash. Aku hargai apa yang dia lakukan cuma setiap kali aku bersamanya, aku selalu berfikir, adakah tangan yang aku genggam ini akan bersama aku selamanya. Aku tau semuanya pinjaman tuhan. Tapi aku tak nak share. its very painful. aku sanggup be alone dari sharing. yes, sebab tu setiap kali aku kenang perkataan sayang love u, holding hands tu semua adakah ianya memang untuk aku atau hanya sekadar jasad yang ada di sebelah aku?

aku semakin lama semakin keliru. aku memang akan bagi masa dan u can have all time in this world. Aku tak akan halang. Sebab aku takut aku akan lakukan perkara yang sama yang pernah aku lakukan dahulu walaupun aku masih sayang pada Ash. And i will never stop running. ZaRA.

December 12, 2011

its monday n holiday ;)

i love to be at home. yup, rather than go out. semalam banjir. huhuhu aku da start balik lepak sorang-sorang pergi drive sana sini. best. relax. bila rasa benda nak ending, aku akan pergi kat starting point dia. tengok balik how does it start. it's hard to get to the end.

ok. i mark his word. that is me. jangan tabur janji & harapan kalau memang tak ada keinginan untuk melakukannya. enough la. happy tengok abah ulang alik to mosque. cute sangat. haha biarla nak kata ape pun aku tak kisah.

hari ni aku rada aku banyak main kinect. menari macam orang gile. haha ada harapan la jadi tiang lampu lagi nih. ok so best, dapat tengok both of my sista buat cakes for their love one birthday walaupun yang sorang tu suppost buat on september kan. haha. kalau aku yang bake, mmg jadi rocky road la cake aku.

Alhamdulillah, lega dapat dengar suara Ash tadi. Rasa bersalah pulak dia sakit sepanjang hari. mungkin aku serabutkan dia last nite. i'm sorry because i tak boleh tahan da. ok enough. eee cepat la save the date. hahaahahaha

ok la aku nak sambung layan gadgets aku. love. zara.

December 7, 2011

Ombak Rindu Zara

Tuhan tu adil. Ada hikmah sebenarnya. Tuhan seperti memakbulkan permintaan hati kecik aku ni. Aku tak berharap tetapi Alhamdulillah, dapat juga aku tahu ape kebenarannya.

Adakah salah jika kita interfier niat pasangan yang ingin berkahwin? Please someone answer me. Aku rasa serba salah dan takut kehilangan. Semua di dunia ini hanyalah pinjaman tuhan. Ingatan untuk diri aku.

Miss Afnie, saya rasa kite punye masalah sudah hampir sama. Aku juga ingin menyelesaikan komplikasi cinta yang aku hadapi dalam tahun ini juga. Better now then never.

Aku rasa sudah banyak masa aku berikan. Terpulang kepada individu tersebut untuk membuat keputusan. Aku juga mempunyai prinsip hidup.

Cerita ombak rindu sebenarnya adalah dedikasi aku untuknya. sedikit sebanyak ada message yang cuba  aku sampaikan. Bukan terpengaruh dengan filem tetapi sedikit sebanyak ada realiti personaliti aku di dalam watak yang di mainkan.

Terima kasih semua. Harap di harap tahun 2012 akan memberi sinar baru. Sekian ;)) zara.