Berterima kasih pada orang yang telah melukai hatimu kerana dia telah membuatkan kamu kuat. Berterima kasih pada orang yang telah membohongimu kerana dia telah membuat kamu lebih bijaksana. Berterima kasihl pada orang yang mengecewakanmu kerana dia telah melatih kamu untuk menjadi lebih ikhlas. Berterima kasih pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaanmu kerana di situlah rahmat Allah SWT ada bersama kamu.
Dan jangan memberi harapan pada yang belum pasti kelak ada insan yang bakal dilukai. Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki nanti kecewakan diri sendiri. Gantunglah harapan kepada 'Yang Maha Memberi' nescaya dirimu tak sesekali dizalimi kerana Allah SWT mendengar pengharapanmu setiap kali dan menunaikannya dengan cara-Nya tersendiri sehingga keindahan itu datang pada waktunya.
Aku sentap kejap la baca ni tapi tak salah sesekali beringat sebab aku sebagai manusia memang tak lari dari sifat lupa.Happy New Year. Sekian.Zara.
No comments:
Post a Comment