January 1, 2012

Lagu ini untuk kamu

hidup ni kita yang dramakan nya. aku tak mencari kehebatan dalam diri aku. aku cuma mahukan yang terbaik buat diriku. kadang kala terlintas dalam fikiran aku ketika sedang bergembira, adakah tangan yang aku genggam ini mahu menjadi pelindung aku dengan ikhlas? kalau redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah, aku ni ada perasaan yang mane?

mungkin aku takut untuk dikecewakan tapi itu semua dugaan dalam kehidupan. aku tidak tahu apakah masa depan aku tapi sekurang-kurangnya aku mahu merancang. tak semua yang dirancangkan akan berlaku.

bila fikir balik jika dia ada kekasih hati, mengapa aku harus cemburu? aku ini hanya perempuan pilihan kedua dia. bukan aku yang patut tanyakan dia untuk membuat keputusan atau pilihan tapi aku yang harus membuat keputusan. mungkin perhatian yang diperlukan tapi hey, sedar diri la zara.

bagi aku, perempuan makhluk yang sukar untuk difahami kerana mereka ingin selalu dikasihi. sakit mana hati ini dibuat namun perasaan sayang tu tetap ada dalam lubuk hati ini. aku bukan lah secantik bidadari kayangan namun impian aku untuk menjadi seseorang yang mampu membahagiakan orang yang menyayangi aku.

hidup ni jangan terpengaruh dengan drama dan movie yang ditayangkan kelak kau jugak yang berfikiran semput. sekian.Zara.

spot da different ;)

No comments:

Post a Comment