June 28, 2012

26 Jun

seminggu sebelum aku dah booked Ash. Tak kisah la dia ingat atau tak tapi aku tetap nak gi hometown dia. gile? memang gile. Lepas balik office jer, aku terus pergi. Aku berbekalkan chocolate Ferrero Rocher & Karya Kufi jek. Konon paling suwit la.Puiii.

Sheeedappp ;p
Al-Fatihah from Karya Kufi

Sian dia. Keletihan. Aku tak harap pun dia ingat the date tapi rasa sangat romantic bila da sampai tu, dia bisik kat telinga 'Happy Anniversary Sayang'. Luluh kejap.hehehe. So lepas tu aku pegi dinner dengan Ash kat Restoran Sri Melayu (betul ke Ash?). Tempat dia best tapi malangnya spot yang Ash nak kite orang duduk ada function la plak.hishhh.So Ash, another dinner maybe? hehehehe. Lepas tu, ajak Ash gi Chatime untuk membeli Strawberry Pudding Au Lait. 

ni pun shhedapp ;p
Diteruskan lagi dengan Karoeke kat area rumah Ash. Hampa we ouls sebab lagu masing-masing tak berapa nak ada. hahaha Thanks Ash. Love you la. Tak berapa nak lepak sangat pasal dua-dua pun letih balik dari office terus date kan. hah. Ape-ape pun, 'Happy Anniversary Sayang'.love.ZaRA.

p/s: To my dear Ash, Spain versus Italy...Phuiiii.

June 19, 2012

Yes it is you

tak boleh lelap pula. nak tengok bola, tak ada mood sangat. sedang menanti berita dari Ash sebenarnya. Kemudian terus tak boleh tido. Hmmm apa ya masalahnya? Aku kut masalahnya. Ok. aku akan cuba menjadi seperti tahun lepas. Ok ini ada cerita seumpanya.

Tak pernah berhenti usaha untuk memenangi hati si dia walaupun tahu ketika itu dia mempunyai kekasih hati. Memang pedih melihat kemesraan mereka tetapi peluang yang diberikan oleh nya sangat dihargai dengan kemaafan yang dihulurkan. Tidak pernah putus untuk bertanya khabar setiap hari. Walaupun dia mendiamkan diri seharian dengan alasan telefon kene bar walhal sedang berjumpa dengan kekasih hati. Ada perasaan namun apakan daya. sedar diri hanya sekadar kawan. di bulan ramadhan, tidak bersua langsung tapi aku masih bertanya khabar. Ketika itu tidak mahu tertinggal every single thing pasal dia. 

Perasaan semakin sayang hari demi hari. tetapi dia masih lagi mempunyai kekasih hati. Ada juga terdetik, patutkah aku masih lagi di sini menunggu. Yer, aku masih lagi menunggu sehingga kini. Aku tau dia sangat kasihi kekasihnya. Jikalau kekasih hatinya masih membalas panggilan dan juga smsnya, aku pasti mereka pasti bersama. dan aku? Masih lagi seperti doormate yang menunggu untuk dilapkan kotoran di kaki.

Hina juga rasanya. Tapi dengan berbekalkan semangat ingin mencari kemaafan, aku teruskan juga. Lama kelamaan aku terasa, adakah dia benar mengasihi aku? kelihatan dia masih lagi mencari kenalan lamanya. mungkin tidak berpuas hati dengan aku yang serba kekurangan ini. Aku masih lagi berusaha. Sampai saat ini, adakah aku serba kekurangan untuk dia? isu kahwin seakan diendahkan kadang kala.

Semakin hari, aku llihat dia seolah menolak aku jauh. Sedih. Dimarahi sedangkan dia boleh melayan baik semua temanya termasuk kenalan baru. mungkin aku tidak lagi penting dalam hidupnya atau sekadar teman di kala dia memerlukan. mungkin benar. tempat untuk melepaskan segalanya. 

Walau apa yang dia lakukan, aku tetap memujuk hati ini jangan mengalah. Ya, aku sayangkan dia dari dahulu hingga kini. Walaupun terdapat suatu ketika aku hanya dapat melihat dia dari jauh, namun tiada harapan yang aku letakkan hanya mendoakan kebahagiannya.

Wish we were this strong ;'(
To my dear Ash. I'm not the perfect women that you been looking for. but base on the story, I leave it to you to decide as I will never force you to do anything for me.ZaRA.

June 18, 2012

Being real....true fwen

Panda eyes. Lama tak mengalaminya. hasil tangisan dan juga tidur yanng tidak mencukupi. Pemergian Abah Affnie, dapat dirasakan. Be tough my dear. i will always be with you. Insyallah. Sayu hati ketika di tanah perkuburan melihat Abah ditempatkan di sebelah mama. Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar.

Sedikit terkilan kerana aku ada menyimpan baju untuk diberikan kepada Abah affnie. tapi tidak mengapa. tak elok nak sedih-sedih sangat. aku juga perlu tough. Dari situasi ini, baru aku kenal siapa sebenarnya kawan susah senang. Boutique 404 members memang benar kawan sejati. Love u all damn much.ZaRA.

:)

June 15, 2012

Sedar diri wahai ZaRA

hello. i can't sleep actually. so layan la bola since spain is playing. what's wrong with me? being too emotional? ok, first. flirting while you in relationship is not okay for me, too many people either take it too far or the wrong way. tapi dari hasil ini, what do i get? kena mara sebab ibarat tidak mempercayai.

its normal when girls get jelous but when boys get jealous, you know he's going to be loyal. yelah, aku sedar diri bukan hot stuff pun. tapi yelah, tak boleh nak paksa orang buat apa yang kite suke. so kene belajar untuk diam diri like i used to be.

Untung jadi kawan sometimes bile tengok sebab bila dalam masalah atau conflict, mesti dia cuba membantu atau untuk amik tahu. tapi yang companion dia nih, hanya dapat luahan kasih sayang yang kadangkala rasa confused. betul ke ni atau nak sedapkan hati?

tak apelah. rasa macam sekali lagi kene. mungkin nak revenge kut apa yang pernah aku buat. terima kasih la sebab bagi aku, kalau ada niat tu walaupun sedikit, aku ucap tahniah sebab memang da berjaya sangat.

Nak menangis pun, kadang2 rasa bodo dan tak berbaloi untuk orang yang tak hargai kewujudan diri ni. tapi apa pun, terima kasih di atas kemaafan yang lalu kerana membuatkan aku rasa dapat menarik sedikit nafas lega.

bila orang da start playing hard to get bila da in relationship, i can say nothing. it just put on a gap for me to know better and giving others the chances.

Ya Allah, if this a challange for me again? pray that someday, people will notice my existance in his life and appreciate me when i'm around and always cherish me.ZaRA.

June 14, 2012

How Do you Feel.............

Yes it is. hahaha tiba-tibe kan. aku rasa apa yang kau lalui dalam hidup kau buat kite lebih matang dalam melalui future. tapi thi is what i love that been said by this Ustaz Azhar.

♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. 
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

I'm just a women and please don't take advantage on me if you not sincerely want to fwen wif me.ZaRA.

June 11, 2012

what can i do

sedang menonton Spain Versus Italy. Tapi hati rasa rapuh dan tiada lagi air mata. Hati sakit tapi masih lagi bertahan. kenapa? sayang sudah pasti. tapi perlu ke menunggu lagi? Aku akui terlalu bersungguh towards this relationship tapi...Yelah aku sedar diri, bukanlah sebaik malaikat. Perkara yang buat aku sentiasa sabar adalah menerima, setiap orang ada kelemahan. 

Saat ini rasa nak pergi duduk di tepi pantai menikmati angin yang bertiupan. Aku bukan nak guna ayat standard drama melayu tapi.....susahkan nak dapat orang yang really appreciate diri kita. Bagi aku jika kita berkawan, pasti kita tahu batasannya. Tapi aku sedar, kalau setakat berpacaran, siaplah aku untuk menghalang gerak geri si dia.

Sungguh mencabar ibarat tahun 2010. Lain juga sebenarnya layanan seorang kawan dan seorang kekasih. Aku rasa prefer menjadi kawan kerana banyak perhatian diberikan. Terutamanya jika lelaki berkawan dengan perempuan. Apa ya harus aku lakukan? biarkan saja?

Sangat sayang relationship ini tapi aku tidak hairan jika lelaki boleh menyayangi beberapa wanita dalam masa yang sama. kuasa tuhan yang besar. Sekarang baru aku tahu. jika dahulu dia boleh buat inikan semasa bersama aku. salah aku  juga. Kenalan bersama keluarga tidak cukup kuat melainkan dengan mempunyai ikatan yang sah.

wah tetiba aku gune ayat skema. tak apelah. apakan daya. jikalau ada orang bersungguh, pasti ini semua dipanggil dugaan.ZaRA.

June 8, 2012

2 sentences

cross into my mind about this.

'Silence is a girl's loudest cry. You can always tell she's really hurt when she starts ignoring you'.

zaRA.

June 4, 2012

Happy Birthday ZaRA

I turn 26 today. thank you so much to my family and friends for the wishes. actually aku baru balik from Labuan ada kursus kat sana. after that straight pegi Bagan seafood. Thanks abah for the dinner treat.

aku ingat da xde pape la but ada jugak time midnite tuh.thanks Ash for the surprise plan. aku dengan muka tak ada perasaan tengah baring dalam bilik tengok barang-barang utk shopping thenn....


Muke tak ade perasaan ;p

Ash dtg naik wif the BR cake accompany by abah, ayong, francois, angah and awe also :) i got my present from Ash too and guess what? tadaaaa...

It's Gold...bling bling ;)

Early in the morning, Ash have to live as he have to go to the office same goes to abah. Actually, i want to spend my time with Ash as i was on leave. i go out with him after he finished his work.we just go to karoeke n have our dinner. Thank you Ash. ZaRA.