tak boleh lelap pula. nak tengok bola, tak ada mood sangat. sedang menanti berita dari Ash sebenarnya. Kemudian terus tak boleh tido. Hmmm apa ya masalahnya? Aku kut masalahnya. Ok. aku akan cuba menjadi seperti tahun lepas. Ok ini ada cerita seumpanya.
Tak pernah berhenti usaha untuk memenangi hati si dia walaupun tahu ketika itu dia mempunyai kekasih hati. Memang pedih melihat kemesraan mereka tetapi peluang yang diberikan oleh nya sangat dihargai dengan kemaafan yang dihulurkan. Tidak pernah putus untuk bertanya khabar setiap hari. Walaupun dia mendiamkan diri seharian dengan alasan telefon kene bar walhal sedang berjumpa dengan kekasih hati. Ada perasaan namun apakan daya. sedar diri hanya sekadar kawan. di bulan ramadhan, tidak bersua langsung tapi aku masih bertanya khabar. Ketika itu tidak mahu tertinggal every single thing pasal dia.
Perasaan semakin sayang hari demi hari. tetapi dia masih lagi mempunyai kekasih hati. Ada juga terdetik, patutkah aku masih lagi di sini menunggu. Yer, aku masih lagi menunggu sehingga kini. Aku tau dia sangat kasihi kekasihnya. Jikalau kekasih hatinya masih membalas panggilan dan juga smsnya, aku pasti mereka pasti bersama. dan aku? Masih lagi seperti doormate yang menunggu untuk dilapkan kotoran di kaki.
Hina juga rasanya. Tapi dengan berbekalkan semangat ingin mencari kemaafan, aku teruskan juga. Lama kelamaan aku terasa, adakah dia benar mengasihi aku? kelihatan dia masih lagi mencari kenalan lamanya. mungkin tidak berpuas hati dengan aku yang serba kekurangan ini. Aku masih lagi berusaha. Sampai saat ini, adakah aku serba kekurangan untuk dia? isu kahwin seakan diendahkan kadang kala.
Semakin hari, aku llihat dia seolah menolak aku jauh. Sedih. Dimarahi sedangkan dia boleh melayan baik semua temanya termasuk kenalan baru. mungkin aku tidak lagi penting dalam hidupnya atau sekadar teman di kala dia memerlukan. mungkin benar. tempat untuk melepaskan segalanya.
Walau apa yang dia lakukan, aku tetap memujuk hati ini jangan mengalah. Ya, aku sayangkan dia dari dahulu hingga kini. Walaupun terdapat suatu ketika aku hanya dapat melihat dia dari jauh, namun tiada harapan yang aku letakkan hanya mendoakan kebahagiannya.
Wish we were this strong ;'( |
To my dear Ash. I'm not the perfect women that you been looking for. but base on the story, I leave it to you to decide as I will never force you to do anything for me.ZaRA.
No comments:
Post a Comment