sedang menonton Spain Versus Italy. Tapi hati rasa rapuh dan tiada lagi air mata. Hati sakit tapi masih lagi bertahan. kenapa? sayang sudah pasti. tapi perlu ke menunggu lagi? Aku akui terlalu bersungguh towards this relationship tapi...Yelah aku sedar diri, bukanlah sebaik malaikat. Perkara yang buat aku sentiasa sabar adalah menerima, setiap orang ada kelemahan.
Saat ini rasa nak pergi duduk di tepi pantai menikmati angin yang bertiupan. Aku bukan nak guna ayat standard drama melayu tapi.....susahkan nak dapat orang yang really appreciate diri kita. Bagi aku jika kita berkawan, pasti kita tahu batasannya. Tapi aku sedar, kalau setakat berpacaran, siaplah aku untuk menghalang gerak geri si dia.
Sungguh mencabar ibarat tahun 2010. Lain juga sebenarnya layanan seorang kawan dan seorang kekasih. Aku rasa prefer menjadi kawan kerana banyak perhatian diberikan. Terutamanya jika lelaki berkawan dengan perempuan. Apa ya harus aku lakukan? biarkan saja?
Sangat sayang relationship ini tapi aku tidak hairan jika lelaki boleh menyayangi beberapa wanita dalam masa yang sama. kuasa tuhan yang besar. Sekarang baru aku tahu. jika dahulu dia boleh buat inikan semasa bersama aku. salah aku juga. Kenalan bersama keluarga tidak cukup kuat melainkan dengan mempunyai ikatan yang sah.
wah tetiba aku gune ayat skema. tak apelah. apakan daya. jikalau ada orang bersungguh, pasti ini semua dipanggil dugaan.ZaRA.
No comments:
Post a Comment