Banyak dugaan. Tuhan nak uji. Satu demi satu. Aku, masih lagi bernafas. Redha dengan ujianNya. Kadang bila masa duduk sorang2, mulalah teringat semua yang terjadi. Yang penting jangan ungkit kisah itu. Biar dia jadi memori walaupun sakit nak terimanya.
Aku rasa kadang kala kena lay back sekejap kerana terlampau gembira dengan semua janji manis sehingga mengaburi perasaan. Pernah kecewa tapi macam fobia nak kene buat kali ke-3? Tuhan saja yang tahu. Apa hala tuju hidup? Aku tak boleh fikir lain selain mati. Aku sentiasa ingatkan diri supaya mensyukuri apa yang ada dan jangan pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Setiap kejadian ada hikmah.
Aku bukan la sempurna. Tapi mungkin mampu menjadi pelengkap hidup seseorang. Kehilangan orang yang paling disayangi telah membuatkan hati aku rasa kosong. Mencari yang mampu untuk menggantikan ruang-ruang hidup aku bersama dia. Al-Fatehah untuk abah yang sentiasa dirindui. Penantian yang tak akan pernah berakhir.
Perancangan sudah dibuat dan tinggal lebih kurang 5 bulan lagi. Moment yang mungkin aku tak boleh elakkan air mata untuk jatuh kerana hati aku luluh. 'Doakan anak Abah murah rezeki dan bahagia selamamya yer'. Minta maaf atas segalanya.
Hari ni, mungkin aku lebih baik dari semalam. Aku masih lagi berdiri. Kuatkan semangat. Positifkan diri. Untuk segala dugaan yang akan mendatang.Love.ZaRA.